Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya

Wednesday 23 May 2012

Berapa bajet awok ade? (Bakal Cik Suami)



Sius wawe tak tau pun bajet kahwen banyak nie..untuk lelaki pikirkan..tergamam jap..ya wawe jumpe dalam web,,pasal nak kira bajet..sius..dulu ingat kahwen main kawen je..hehe takde bajet..besar..xleh pikir laa..nak buat glam2..kecik2 udah lerr..
So pengantin lelaki anda kena lah berjimat cermat,..xcaye..ke..tgk nie..
Terima kasih tau bg info nie..

Bajet Perkahwinan Lelaki
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:

Kursus perkahwinan
RM
Wang hantaran
RM
Mas kahwin
RM
Upah jurunikah
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin tunang
RM
Cincin kahwin
RM
Barang kemas
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM
Barangan Hantaran:
Sirih junjung
RM
Potpurri
RM
Al-Quran
RM
Telekung/sejadah
RM
Kain ela
RM
Baju kurung
RM
Beg tangan
RM
Tuala
RM
Jam
RM
Kasut
RM
Satu set peralatan solek
RM
Satu set penjagaan badan
RM
Buah-buahan
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Kek
RM

Juruandam:
Pelamin
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Baju songket
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Hiasan hantaran
RM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM
Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM
Hotel atau taman:
Sewa hotel atau taman
RM
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM
Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM
Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM
Hiburan:
Kompang
RM
Silat pengantin
RM
Cak lempong
RM
Kumpulan marhaban/berzanji
RM
Sistem PA:
Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM
Bulan Madu:
Percutian
RM

Jumlah perbelanjaan
RM


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
Panduan Perbelanjaan Perkahwinan

Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000

Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak  mewah bagi pengantin lelaki yang bersederhana However laa kan jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. But but u still can make ur wedding so wonderful together with ur partner.

  Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 – 30,500
Anda up lagi jumlah banyak nie..ntuk majlis yang berlangsung dirumah? Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau awok terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, awok boleh menceriakan hati pasangan awok dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat awok dipenuhi.

 Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 – 40,500
Ini lebih kurang dah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja awok mampu menyediakan apa jua yang awok inginkan untuk majlis perkahwinan awok ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan awok menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel. Waa baru ingat nak wat kat hotel..bila nak ade duit sebanyak ini nie...

   Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 – ke ata
Aiyo!...jumlah yang awok keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin awok memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi awok boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua tempat tersebut. Tapi xpelaa..kalau yang cik suami nie hartawan & dermawan hehehe


So yang bakal berkahwin atau merancang sempat lagi kalau nak mememikirkan..semua ini..
Mak wawe ckap lebih baik bersederhana dan mengikut kemampuan..kalau tak mahu..di sangkutkan dengan hutang piutang nanti..menyusahkan je..plak..tapi xpelaa kalau korang banyak bajet..tapi membazir jangan..tu amalan cek tan..




No comments:

Post a Comment

Dreamy Users